Wednesday, October 21, 2009

UPDATE

Lama betul aku tidak update blog ni. sibuk ba. tapi aku akan tulis balik suma-suma yang tertinggal bermula dengan tajuk Hari raya di kampung.

Monday, September 21, 2009

Wasiat Terakhir

Salam...........semua.

Sebelum kami guru-guru pelatih (IPIS) yang berpraktikal di S.K. KLIA menamatkan khidmat kami, kami telah diberi peluang untuk memberi ucapan terakhir @ wasiat di atas pentas perhimpunan pagi hari isnin. walaupun berasa sedih meniggalkan sekolah ini, tapi kami berasa bangga di beri peluang untuk mengajar di S.K. KLIA. Banyak pengalaman telah kami perolehi. Semoga S.K. KLIA akan terus maju dan cemerlang dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi. Di bawah merupakan beberapa keping gambar kenang-kenanagan semasa berada di sekolah S.K.KLIA.




Suasana di pagi hari sebelum perhimpunan.





Ketika di beri peluang untuk memberi ucapan terakhir




Bergambar kenang-kenangan bersama Guru Besar S.K. KLIA



Sunday, September 13, 2009

ARAMAAITI 2 (IPIS DAN ALAMANDA)

Salam semua...................

Sepatutnya program Aramaiti diteruskan lagi pada hari sabtu yang bertempat di Rumah en. liau (banting). Tapi disebabkan pihak penganjur tidak bersedia dan memberikan banyak alasan yang pelik, maka program Aramaiti di banting terpaksalah di batalkan. Namun atas keperihatinan pihak kameraman program Aramaiti 2 diteruskan juga dengan menampilkan beberapa muka baru. Kelainan program Aramaiti 2 ini telah memberi suntikkan baru kepada peserta program untuk lebih berusaha demi mencapai matlamat program. Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat di ambil bagi program Aramaiti 2 (IPIS dan ALAMANDA) pada kali ini.

Program Aramaiti 2 di mulakan dengan perjumpaan di blok A 431 (markas)
 
Ketua: Saipau???
Paul: Saya hadir tuan.

yeah...yeahhh.... (pis)
Setelah menyelesaikan beberapa perkara di Asrama para peserta program telah bertolak ke Alamanda. Di sini para peserta di bawa pergi menonton wayang cerita "Gamers". Boleh la tahan cerita tu. Posing sebelum masuk ke pawagam. Nasib baik tiada security kalau tidak mesti kamera kena rampas.
pose tayang jam baru..
silakan masuk. janganlah malu-malu
Program ini diteruskan lagi dengan membawa peserta program bersiar-siar di taman bambu. Aktiviti ini adalah seumpama program ice breaking. Di mana para peserta di berikan peluang untuk meluahkan perasaan sesama mereka.
Oleh kerana tidak mempunyai kawan untuk meluahkan perasaan, beliau menjadikan tong sampah sebagai pendengar setia cerita-cerita pancingannya.
Jai: ermmm. mari kita ganyang budak yang bawa plastik merah tu.
Dika: Daripada aku ganyang dia, bagus aku ganyang ko.
Sebelum program Aramaiti 2 berakhir. peserta program telah didatangi oleh 3 orang jejaka yang tersangatlah mengharapkan permohonan mereka untuk menjadi ahli diterima. Disini pihak bertanggungjawab telah menerima permohonan dua dari tiga jejaka tersebut. Jejaka yang ketiga terpaksa di tolak permohonannya atas sebab beliau mempunyai renungan mata yang tajam dan boleh mencederakan pihak kawan.
dari kiri: Am, Kasa, faizal, paul, dan Jai. Dika mana?
Tu yang dekat belakang tu tinguk cincin.
Diharap dengan tersebarnya beberapa keping gambar ini maka program aramaiti di masa akan datang akan bertambah seri. Bukan sahaja dengan bilangan ahlinya yang semakin meningkat tetapi juga dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar, Sama seperti yang diharapkan oleh semua orang.
Sekian dan TQ.
*P/S Kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli sila tuliskan nama di dalam chat box dan masukkan RM0.99 ke dalam poket sendiri sebagai yuran seumur hidup. 
* Rebutlah peluang menjadi ahli.  kerana anda akan rugi sekiranya menjadi ahli program ini.

Friday, September 11, 2009

ARAMAITI 1 (SUNGAI PELEK)

Assalammualaikum w.b.t...

Kepada semua budak-budak IPIS yang tidak dapat menyertai program aramaiti kali ini tersangatlah rugi. Bukan sahaja kami dihidangkan dengan juadah yang beraneka jenis tetapi juga kami telah mengeratkan lagi tali silaturahim diantara sesama rakan. Sepanjang berada di sungai pelek kami telah dibawa bersiar-siar disekitar pantai yang diberi nama Pantai Bagan Lalang. Namun acara bergambar tidak dapat dilakukan kerana kecuaian pihak kameramen yang meninggalkan kemera beliau di dalam kereta. Apabila tepat waktu berbuka puasa bagi kawasan sepang, kami peserta program Aramaiti telah disajikan dengan pelbagai hidangan menarik seperti kuih donut dan popiah masak merah selain ABC, air jus tembikai serta air sky jus.

Sebaik sahaja kami selesai dengan juadah berbuka secara sederhana tersebut, kami pulang ke apertment yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Kami berasa agak terkilan kerana pihak penganjur tidak dapat menyediakan kolam mandi seperti yang telah mereka janjikan. Namun begitu keadaan di dalam apertment tersebut agak baik dan lengkap dengan keperluan asas. Diantara peralatan tersebut seperti TV siaran astro (baru dipotong bulan lepas sebab bil tertunggak), mesin basuh (model manual tangan 1.8 liter) bilik muzik (dilengkapi dengan pelbagai alatan muzik yang telah rosak), dan ruang tamu yang selesa (bagi orang bujanglah). Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika berada di apertment program aramaiti semasa acara makan berat setelah selesai mengerjakan apa yang patut.


Ini adalah diantara gambar-gambar yang berjaya melepasi piawaian Lembaga perfileman Malaysia (FINAS). Gambar lain mempunyai unsur-unsur ganas dan tidak sesuai ditonton oleh orag ramai. Jadi kepada peserta-peserta program aramaiti kali ini yang mahu gambar-gambar tersebut boleh berjumpa terus dengan en. Nalza.
Sekian.............

MIsteri Appolo.

Berikut merupakan sebuah cerita benar yang diperolehi dari sumber asli hasil dari risikan seorang agent dalam perjumpaan aramaiti kali ini. Setelah hampir 3 bulan menjalani praktikum akhirnya misteri appolo telah terbongkar juga. Appolo yang selama ini menjadi bualan didalam forum-forum tempatan (sekepe) telah ditemui selamat di sebuah rumah tidak bernombor plat. Appolo yang sering digosipkan dengan en. P_u_ (isi tempat kosong) (a dan l) rupa-rupanya juga dimiliki oleh seorang lagi pemerhati forum sekepe (yang selalu online tapi ndak berinteraksi). Appolo-appolo ini kelihatan agak menyedihkan kerana pengguna appolo berkenaan mempunyai masalah kepala. Berikut adalah Appolo yang telah dijumpai di rumah tidak bernombor berkenaan.

Appolo merah kepunyaan en. _a_l. Berikut kita dapat saksikan bagaimana keadaan Appolo berkenaan setelah hampir 3 bula di gunakan oleh beliau.

 
Gambar berikut merupakan kesan tebukkan khas bagi memudahkan beliau membuka Appolo berkenaan. Selain memberi pengudaraan kepada kepala beliau.

 
Oleh kerana Appolo yang dipunyai oleh pemerhati forum (sekepe) ini tidak mempunyai pelindung hadapan Appolo. Maka agak sukar bagi beliau untuk menentukan bahagiam muka dan leher. Berikut merupakan gambar yang telah di edit oleh pengedit cap ayam yang menunjukkan tatacara menggunakan Appolo hitam.

Semasa berada di Sungai Pelek kami telah dikejutkan dengan berita kemalangan seorang jejaka yang tidak mahu nama dan mukanya disiarkan. Jejaka tersebut telah menggunakan Appolo Hitam tersebut sebagai pelindung kepala ketika bersiar-siar diwaktu malam. Jejaka tersebut telah tersepak batu lalu tersungkur menyembah bumi. Appolo tersebut telah tercabut dari kepala beliau. Dari laporan yang diterima oleh beberapa orang saksi, jejaka tersebut telah menggunakann Appolo mengikut tatacara yang ditunjukkan oleh gambar diatas tadi. Berikut merupakan gambar yang telah mendapat persetujuan jejaka tersebut untuk tontonan umum.
 
sekian...
"jangan biarkan diri anda diselubungi misteri"......."Appolo"

Perkataan of the month

PETA.

Peta merujuk kamus bermaksud arah lokasi sesuatu tempat. Peta boleh juga dimaksudkan sebagai bebeng. Contoh ayat sabahan "peta dari google earth menunjukkan cuma 60km sahaja jarak dari banting ke sungai pelek. Contoh ayat dari en. liau (mungkin nama sebenar) "PETEEEEE..........dari.......sungai pelek.

PETA adalah perkataan pada bulan ini. Manakala PETEEEE adalah perkataan untuk orang yang baru belajar cakap kee ellll. Untuk mempelajari perkataan tersebut boleh merujuk en. liau (munkin nama sebenar).

PETEEEE merupakan suatu perkataan yang tepat dari segi sebutan. Tetapi perkataan PETEEE akan menjadi sebuah perkataan yang sangat pelik sekiranya ia di sebut oleh seorang sabahan dihadapan kawan-kawan yang juga berasal dari sabah sambil membuat muka konfiden.

Tuesday, September 8, 2009

Apa maksud gambar-gambar ni? (Khas untuk budak IPIS)

NAH KAN TEPANCING SUDAH KAMU......

kepada penama-penama di bawah
1 jul dan liau
2 paul dan jai
3 paris dan zieonix
4 kasa dan mat syah.
Sebelum aku cerita pasal hostel adalah lebih baik aku cerita tentang tuduhan-tuduhan palsu kamu tentang HEP dan cerita pasal pn Rubaidah...

Pasal sijil yang kamu suruh bawak lepas habis praktikal tu... Pn. salmah cakap dengan aku dan dika. bahawasanya hanya 10 orang yang terpilih sahaja akan dipanggil temuduga itu. so siapa yang di telefon oleh tuan syed akan secara otomatiknya menjadi 10 yang terpilih. Dan yang lagi penting hanya orang yang dekat dengan maktab sahaja akan layak menjadi 10 yang malang itu. So cuba anda fikir banting tu dekat maktab ka? lagi sepang tu dekat maktab ka? lagi sungai pelek x payah cakap la. 60 km ke maktab. Jadi jgn berangan untuk jadi 10 yang malang itu. Lagi satu aku dah tengok senarai nama yang 10 orang itu. nasib baiknya TIDAK ada pun budak major PJ. jadi sapa-sapa budak pj yang kata dia terpilih itu adalah dusta semata-mata. Dan yang paling aku suka pasal cerita pn. salmah tadi dia cakap kalau dia pilih si KASA dia akan secara otomatiknya merejek tanpa sebarang kompromi. Sebab pn. salmah tau yang si kasa tu jenis gelabah@kelangkabut@apa lagi? cukupla pasal HEP.

Seterusnya pasal pn. rubaidah. sapa budak-budak sabah yang belajar di IPIS ndak kenal? Semua kenal kan. kalau ndak kenal mesti ndak pernah masuk koperasi. Ada di antara senarai itu yang menjadi wanted . Sebab..... LU pikir la sendiri. aku malas mau cerita lain la kalu kamu mau buat personel chat sama aku.. call aku di nombor yang tersimpan dalam telepon anda (saipaul ndak ada no. phone aku sebab semalam aku mintak no. icnya sekali dia balas pulak di telepon si dika)??????.     So lagi sekali sendiri mau ingat la....

Akhir sekali cerita pasal hostel. teng....teng.....teng..... Permohonan kita di tolak pada mulanya. lepas ti tiba-tiba dia mintak surat. Sib baik aku ada buat surat. Lepas tu dia cakap bila mau masuk aku balas lepas cuti raya. dia mau tanya lagi tapi terus aku potong percakapannya "saya bayar deposit tuk semuanya sekarang". dia diam 5 saat. dengan muka yang ndak seberapa hensem terus dia masuk bilik dan membawa sesuatu. "kamu isi ini borang kuning". aku balas balik "jadi yang 8 orang tu macam mana? ndak juga aku kenak isi semuanya sekali". dia lawan balik "yang lapan orang tu lepas cuti 28 hb nanti datang sini isi borang". oo ok. Aku pun bayar deposit rm90 sebab dika bayar sendiri rm10. LEPAS TU APAKAH MAKSUD gambar-gambar di bawah ini???????








Lagi..... siapa yang ada di dalam???????



oooo Cikgu Dika rupanya.... apa yang menyangkut di pintu tu cikgu?????





 
oooo kunci rupanya.... untuk cikgu jak ka tu kunci????
 


"ndak lah. untuk semua budak yang namanya tertulis di atas..... tu.... tapi sebelum dapat kunci ni dari en. Nalza. bayar dia dulu Rm 15 satu orang".... "UI mahalnya"..... "ya ka?" " OKlah saya kasi diskaun kawan-kawan punya pasal rm 20 lah".. "OOOOO cam tu baru ngam...."

Kesimpulannya kalu mau ni kunci datang lah ke sepang sambil bawak duit deposit yang telah dipersetujui oleh cikgu dika dan en.Nalza....Ok semua sekian dan terima kasih.... Cepat siapa cepat dia dapat..

NO BILIK
Blok A
428- kosong
429-sudah berpunya (bilk asal kami)
430-kosong
431-kosong
432-kosong

Kesimpulan yang terakhir kalinya...semua ni bilik tempat kita pertama-pertama duduk dulu....DAN NDAK PAYAH SUDAH FIKIR MANA MAU STAY LEPAS HABIS PRAKTIKAL DAN PAKAI APA MAU PIGI MAKTAB.. SEBAB JALAN KAKI PUN SAMPAI. LIMPAS RUMAH MAT ZEN LAGI....

Sunday, September 6, 2009

Cara-cara untuk menyelesaikan masalah rubik puzzle

1. Buat + untuk permukaan diatas sekali. Pastikan setiap2 biji di bawah + mempunyai warna yang sama. macam ni.


2. samakan kesemua warna di permukaan atas. sambil tu buat bentuk T di setiap tepi rubik tersebut. macam ni.


3. Terbalikkan rubik dan buat 2 layer di tepi. macam ni.


4. seterusnya buat bentuk + untuk layer yang atas sekali macam ni.


5. akhirnya dia akan jadi macam ni. buat beberapa pergerakkan lagi dan.......


6. Siap..Macam ni.

Untuk pertanyaan lanjut tunggu sampai aku balik.. pertama ni belajar dulu langkah 1. kalu dapat terus buat langkah 2..

Friday, September 4, 2009

S.K. KLIA






gambar sekolah S.K. KLIA

Ini ka?


wayar ko mau yang ini ka?

Pengenalan



Asalammualaikum w.b.t.

Ini merupakan percubaan pertama untuk menceburkan diri dalam dunia bloger.