Sunday, September 13, 2009

ARAMAAITI 2 (IPIS DAN ALAMANDA)

Salam semua...................

Sepatutnya program Aramaiti diteruskan lagi pada hari sabtu yang bertempat di Rumah en. liau (banting). Tapi disebabkan pihak penganjur tidak bersedia dan memberikan banyak alasan yang pelik, maka program Aramaiti di banting terpaksalah di batalkan. Namun atas keperihatinan pihak kameraman program Aramaiti 2 diteruskan juga dengan menampilkan beberapa muka baru. Kelainan program Aramaiti 2 ini telah memberi suntikkan baru kepada peserta program untuk lebih berusaha demi mencapai matlamat program. Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat di ambil bagi program Aramaiti 2 (IPIS dan ALAMANDA) pada kali ini.

Program Aramaiti 2 di mulakan dengan perjumpaan di blok A 431 (markas)
 
Ketua: Saipau???
Paul: Saya hadir tuan.

yeah...yeahhh.... (pis)
Setelah menyelesaikan beberapa perkara di Asrama para peserta program telah bertolak ke Alamanda. Di sini para peserta di bawa pergi menonton wayang cerita "Gamers". Boleh la tahan cerita tu. Posing sebelum masuk ke pawagam. Nasib baik tiada security kalau tidak mesti kamera kena rampas.
pose tayang jam baru..
silakan masuk. janganlah malu-malu
Program ini diteruskan lagi dengan membawa peserta program bersiar-siar di taman bambu. Aktiviti ini adalah seumpama program ice breaking. Di mana para peserta di berikan peluang untuk meluahkan perasaan sesama mereka.
Oleh kerana tidak mempunyai kawan untuk meluahkan perasaan, beliau menjadikan tong sampah sebagai pendengar setia cerita-cerita pancingannya.
Jai: ermmm. mari kita ganyang budak yang bawa plastik merah tu.
Dika: Daripada aku ganyang dia, bagus aku ganyang ko.
Sebelum program Aramaiti 2 berakhir. peserta program telah didatangi oleh 3 orang jejaka yang tersangatlah mengharapkan permohonan mereka untuk menjadi ahli diterima. Disini pihak bertanggungjawab telah menerima permohonan dua dari tiga jejaka tersebut. Jejaka yang ketiga terpaksa di tolak permohonannya atas sebab beliau mempunyai renungan mata yang tajam dan boleh mencederakan pihak kawan.
dari kiri: Am, Kasa, faizal, paul, dan Jai. Dika mana?
Tu yang dekat belakang tu tinguk cincin.
Diharap dengan tersebarnya beberapa keping gambar ini maka program aramaiti di masa akan datang akan bertambah seri. Bukan sahaja dengan bilangan ahlinya yang semakin meningkat tetapi juga dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar, Sama seperti yang diharapkan oleh semua orang.
Sekian dan TQ.
*P/S Kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli sila tuliskan nama di dalam chat box dan masukkan RM0.99 ke dalam poket sendiri sebagai yuran seumur hidup. 
* Rebutlah peluang menjadi ahli.  kerana anda akan rugi sekiranya menjadi ahli program ini.

No comments:

Post a Comment