Friday, September 11, 2009

MIsteri Appolo.

Berikut merupakan sebuah cerita benar yang diperolehi dari sumber asli hasil dari risikan seorang agent dalam perjumpaan aramaiti kali ini. Setelah hampir 3 bulan menjalani praktikum akhirnya misteri appolo telah terbongkar juga. Appolo yang selama ini menjadi bualan didalam forum-forum tempatan (sekepe) telah ditemui selamat di sebuah rumah tidak bernombor plat. Appolo yang sering digosipkan dengan en. P_u_ (isi tempat kosong) (a dan l) rupa-rupanya juga dimiliki oleh seorang lagi pemerhati forum sekepe (yang selalu online tapi ndak berinteraksi). Appolo-appolo ini kelihatan agak menyedihkan kerana pengguna appolo berkenaan mempunyai masalah kepala. Berikut adalah Appolo yang telah dijumpai di rumah tidak bernombor berkenaan.

Appolo merah kepunyaan en. _a_l. Berikut kita dapat saksikan bagaimana keadaan Appolo berkenaan setelah hampir 3 bula di gunakan oleh beliau.

 
Gambar berikut merupakan kesan tebukkan khas bagi memudahkan beliau membuka Appolo berkenaan. Selain memberi pengudaraan kepada kepala beliau.

 
Oleh kerana Appolo yang dipunyai oleh pemerhati forum (sekepe) ini tidak mempunyai pelindung hadapan Appolo. Maka agak sukar bagi beliau untuk menentukan bahagiam muka dan leher. Berikut merupakan gambar yang telah di edit oleh pengedit cap ayam yang menunjukkan tatacara menggunakan Appolo hitam.

Semasa berada di Sungai Pelek kami telah dikejutkan dengan berita kemalangan seorang jejaka yang tidak mahu nama dan mukanya disiarkan. Jejaka tersebut telah menggunakan Appolo Hitam tersebut sebagai pelindung kepala ketika bersiar-siar diwaktu malam. Jejaka tersebut telah tersepak batu lalu tersungkur menyembah bumi. Appolo tersebut telah tercabut dari kepala beliau. Dari laporan yang diterima oleh beberapa orang saksi, jejaka tersebut telah menggunakann Appolo mengikut tatacara yang ditunjukkan oleh gambar diatas tadi. Berikut merupakan gambar yang telah mendapat persetujuan jejaka tersebut untuk tontonan umum.
 
sekian...
"jangan biarkan diri anda diselubungi misteri"......."Appolo"

No comments:

Post a Comment