Friday, November 26, 2010

Setahun Di Sigu (part 2)

Inilah sekolah ku tempat ku tuntut ilmu belajar terus jaya terus maju, bersatu bergandingan dalam semua lapangan untuk kejayaan masa hadapan. (mesti semua warga sigu akan menyanyi kalu baca ayat diatas ni) padan muka kamu tepancing semuanya. Yang bukan warga sigu tu buat2 paham ja la apa yang aku tulis tu. Padan juga muka kamu sebab terbaca ayat tu. Orang pertama warga sigu yang aku jumpa sebelum mendaftar ialah c nerd. Apala ko ni nerd sampai sigu pun ko mo ikut aku. Sudahlah d banting hari tu ko ucap selamat tinggal tapi rupanya nda jugak ko mo berenggang dari aku sama c tiger "Ko ba kan c tiger?". Apapun bagus jugak la masih ada lagi orang yang boleh aku psiko.
Sebelum kita menyelami lebih dalam tentang rakyat sigu adalah lebih baik kita berkenalan dulu dengan geng2 IPIS di hari terakhir mereka di kawasan pembelajaran mereka.


Inilah dia barisan bakal guru sebelum mereka dipostingkan. Dari kiri "Syree, dika de best, zuryzarman81, ahmad albab, dan c paris ba ni". Uiiii bekampai ba dia sama c dia..siuuuttt..emmah2.

 Ni la masa di KLIA, first time disana, sikit lagi tetinggal kapal, nasib baik tu troli boleh jadi kereta. Tapi sebenarnya org kebaru-baruan ja yang buat begini. bikin malu org burma ba ko ni. Cepat ko balik sana makkan kattham.


Cukup2 la aku publish citykan ni orang. bosan ba balik2 dia, dia2 balik. Ba jom kita membongkari siapakah dia rakyat sigu yang sebetul-betulnya sigu. Tiada yang lain melainkan sigu. Sebelum saya dan c nerd masuk sigu, sempat gak kami melihat 3 org guru pompuan yang menghiasi taman sigu. Tapi apakan daya belum sempat bemesra mereka dah pindah. Tinggalah guru2 macho semuanya. Tu yang buat c nerd tambah tertekan tu. Nasib baiklah awal bulan 3 tu ada 2 guru pompuan masuk senang sikit kami serahkan tugas menghias pentas, bungkus hadiah dll kepada mereka. Pun begitu ada seorang guru lelaki lagi masuk, Orangnya berbadan besar tapi berjiwa lembut, selembut sutera (betul ka tu?). Dari awal tahun sampai la sambutan hari guru baru kami dapat begambar beramai-ramai. memang best kata c nerd la.


Ini la dia warga sigu. bertapa tenangnya raut wajah mereka. cuma mungkin gambar ni diambil dibawah sinaran matahari terik tu la pasal ada beberapa orang yang nampak mengencang. Kalau nak berkenalan dengan mereka sila lah hantarkan komen anda di ruangan yang sepatutnya.

ni pulak merupakan shoot yang paling bagus yang terdapat dalam simpanan aku. Masih ada lagi yang mengencang kesian tau.

Inilah dia hari yang ditunggu2 oleh guru2 seMalaysia. Sambutan hari guru. Mesti bestkan dapat hadiah dari murid2. Tapi bagi guru dipedalaman jangan susah hati. kalu nak hadiah anda boleh buat macam warga sigu ni. bijak mereka ni. Bertukar2 hadiah. Tengok sahaja bungkusan2 hadiah tu. gempak tul lah. Sebelum upacara membuka hadiah kita berehat dulu tinguk geng2 sigu menyanyikan lagu secara menyumbang. "Sakit telinga malam tu, Macam meleleh darah dari telinga ni".


Jangan kamu pandai2 buat andaian sana ahh. Orang ni tidak bersalah, kameramen tu yang sengajak cari pasal. Tapi unik betul ni gambar. susah mo dapat moment macam ni.

ini lah antara hadiah yang dimenangi dalam program bertukar2 hadiah sempena hari guru tersebut. Rasanya hadiah ni yang paling cikai yang dimenangi oleh pemenag tersebut. Kasian baliau. cuba lagi tahun depan ya nak..

 Hadiah seterusnya sebuah radio tikus dan sebuah telefon bimbit berjenama barbie (aiyayai, trut..trut..trut..hello..hello..gud morning..) itu lah ringtonenya kalu digunakan. kasian juag ni kawan. Apa boleh buat terimah la seadanya.

 Yang ni paling spesel, sebab harga cola yang tinggi di sigu melayakkannya dijadiakan hadiah sempena program bertukar2 hadiah. Tapi pemenang ni tau siapa yang kasi tu hadiah, sebab dia yang tolong balutkan tu hadiah. "Tu la bersekongkol lagi sama penyangak sekalinya kena batang hidung sendiri". kata c nerd dengan gembiranya.

First prize punya hadiah. Sabun buku Daia. kasian kepada pemenang ini. Difahamkan beliau melabur wang berjuta2 dalam program bertukar2 hadiah ni. tapi apakan daya beliau telah berjaya menikam nombor kegemaran beliau iaitu 6.
Kepada pihak penganjur lain kali kalu mo buat program kasi tau awal2 boleh para peserta bersedia awal2. Ini la antara sebahagian rentetan perjalanan yang menyeronokkan semasa berada di sigu. Walaupun ada yang mengatakan tempat ni macam zoo la, penjara la, tapi kalu dilihat2 balik warganya sentiasa ceria sebab tiada wujudnya puak2 bertelaga macam yang terjadi di negara2 yang berperang. Mood hari ni macam muram sikit la, tu yang ayat2 yang di karang ni mcm skema sikit (idea c nerd semua ni). Apapun tunggukan kemunculan part 3 pulak. sana tu la baru ada cerita bergenre komedi seram, dan romantik. Salam 1 Malaysia.

Thursday, November 25, 2010

Setahun Di Sigu (part 1)

Apuuuu..Akaiiii..Apala ba dorang ni balik-balik apuuu. sikit-sikit akaiiii.. Bosan betul aku dengan perkataan tu. Apa bley buat tempat dorang. Tapi lama kelama lamaan macam makin sebati sudah perkataan tersebut dalam sanubari ni. Sampai rakan-rakan yang baru postingpun teikut2. malah tebawa2 dalam kehidupan seharian. Kasian mereka ni. Memang macam ni la ba masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemoo, masuk kandang singa? Singa mana pakai kandang, tapi senang ja mo cari singa, ada di niah kalo mo halau tu singa pun senang bawa ja lagu mp3.
Apa ba yang direpekkan diatas ni. Sebenarnya aku mo cerita pasal setahun di Sigu ba ni. Berikut ni gambar2 sepanjang setahun berada di sana.

Ni la pengankutan utama ke skolah kami rupanya. First day daftar siap kena hantar oleh PPD lagi, best betul. rasa macam VVIP la pulak.


Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami nampak ada jambatan kayu balak. Ada change la kami guna jalan darat lepas ni.

 
 Lepas seminggu berkampung dalam sekolah kami keluar ke bintulu mo cari peralatan tuk survive di kawasan asing tersebut. Apa la mo di beli ni? Beli peti ais takut perahu kami naik ni nda cukup space. Beli telur ngan makanan tin ja la jawabnya. Gambar menunjukkan jambatan kayu balak. Kami mesti tawan jambatan tu satu hari nanti.


  
Ni la tempat persinggahan pertama sebelum sampai Bintulu. "Kem Tap" nama tempat ni. ada kedai jugak kalo mo beli2 makanan ringan la. Harga boleh tahan la jugak mahal.

 
 Lepas tunggu punya tunggu baru la pengangkutan utama kami sampai. Ekspress la bos, apa lagi. kalo teda tempat dalam ekspress tu atas bumbung la jawabnya. Peringatan "jangan tiru aksi ini sangat bahaya boleh menyebabkan barang perhiasan anda jatuh dalam sungai kalo ada labah2 la". Lagi satu sekarang ni mesti tulis nama kalu naik ekspress pastikan anda tulis maklumat yang tepat seperti speddy gonzales ariba2, arismonu, atau si galang dalam form yang diedarkan.


 uuwekk...uwekkk.. Akhirnya akibat kegelojohan si nerd tu maka lahir la Suzie L. Diharap suzie ni dapat mencerahkan penghidupan kami. boleh la lepas ni kami keluar masuk sekolah tiap2 hari. bestnya suzie L ni Terima kahsih si nerd. Gambar di mana suzie di lahirkan.

 
Neyyy.. Suzie L. Rasain lu baru ko tau jalan ke sekolah rupanya macam ni. Ni pun baru sikit ni. Kali 2 tahun keluar masuk sekolah jadi besi buruk sudah c suzie ni tau.


Apuuu.. Habis la ko suzie L. gerenti sakit la telinga c nerd sebab balik2 ko cedera kena batu atau lumpur yang bekeliaran disana sini. Kalu begini la sakit jugak kalo mo keluar masuk sekolah sebulan sekali. Tapi nasib baik jugak kami sempat beli peralatan rumah seperti TV, ice box, mesin basuh, dll dapat la hidup seperti di tempat yang mewah sikit. Terima Kasih Suzie L dan c nerd.
Akhirnya kami berjaya menawan jambatan ini. "Hip2 horey" kata c nerd dengan girangnya. Aku rasa c nerd ni memang menjengkelkan ba.


 Akhirnya kami dan c nerd membuat pilihan yang paling bijak. Naik Bot Cikgu Fabian (bukan nama penuh) jimat segala-galanya. cuma agak2 la jugak kalo mo bawa masuk barang jangan sampai over load. seorang penumpang 5 kg hand luggage sahaja di benarkan. Tapi c nerd tu parabola la di bawanya, bayung la, semua la. Nasib baik tilam vono tu di kenselnya. Kalo tidak seret jak di belakang bot tu. padan muka c nerd. 

Ok la ini sahaja untuk part 1 Setahun di sigu. nantikan kemunculan part 2 selepas ni yang mengisahkan rakan2 seperjuangan di sigu. Jalan ceritanya lebih menarik, tetarik, romantik, seram, dan menjengkelkan. Semua lah ada. ok salam.........

Wednesday, November 24, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Sibuk betul la sejak menjadi seorang pekerja profesional ni. Memang teda masa mo update d blog ni. Tambah-tambah lagi sekarang ni orang dah gila ber FB. Hari-hari mo FB. pantang ada masa terluang mesti buka FB. Tapi sebenarnya FB ni sangat penting bagi mereka yang tinggal di luar bandar yang teda line telefon. Beli telefon mahal-mahal tapi tiada guna sebab teda line. Rasain lu rayang. Apa-apa pun harap-harap kali ni dapatlah blog ni di update selalu bagi memenuhi permintaan pengikut-pengikut blog ini. Jadi untuk permulaan ni kita nikmatilah beberapa gambar-gambar percutian sempena cuti sekolah yang baru bermula ini.

Sejuk betul malam-malam di Kundasang. Tu la pasal mamat dalam gambar ni mengencang. Rilek ba ko liau, sikit ba baru ni.


 
Cantik betul gambar ni macam di London. Tapi spoil betul la tu ada kunci vigo la pulak di fokus.
 

Lepak makan di hotel kundasang. Apaka nama hotel tu lupa sudah aku. Memang mahal makan di situ sampai bedarah hidung. Tu yang pakai penutup kepala tu buat lap darah di hidung.  


Bejalan-jalan dalam hutan tempat persembunyian singa suatu masa dahulu.


Pemandangan gunung kinabalu tapi telindung oleh awan.


Hebat betul tempat ni. Tempat skodeng paling selamat. tapi pastikan gunakan kamera canggih.


 Belatar belakangkan air longkang di masilau. Sejuk air tu.


Ladang Lembu. bau tempat ni. "Amaran jangan minum susu lembu sambil berjalan-jalan sekitar kawasan ini". nanti ada yang termuntah.


Sampah sedang berposing di kundasang. Bikin kasi habis kodak saja kamu ni.

Ini baru sikit ni. Sebenarnya ada lagi tempat yang kami pigi tapi tidak di publishkan sebab aksi-aksi melampau pelakon-pelakon digambar tersebut. Jadi pendek cerita selama berada di kundasang 1 hari tu memang best la jugak. tapi lagi best kalo banyak pulus sebab boleh jalan-jalan dan makan-makan di masilau. Alang-alang sudah sampai kundasang boleh terus ke Ranau. Sana ada singa, Sabah Teh, rendam kaki atau mandi bersama ikan, dan yang mesti pergi ialah Poring. Ada kolam air panas dan kolam air gunung dan ada jungle tracking. Siapa yang rasa nak bercuti ke sini boleh la tanya atau menghubungi orang-orang yang berkenaan seperti pakcik yellow pages. banyak info di sana. ok. Selamat Bercuti.

Malam Perpisahan Murid Tahun 6

Malam ni merupakan hari terakhir kami bersama murid-murid tahun enam. Walaupun keputusan UPSR kurang menggembirakan tapi mereka wajib di raikan jugak. Bukan apa sudah 6 tahun mereka belajar di sini, ini lah peluang terakhir mereka untuk bemesra bersama rakan, guru, serta kakitangan bukan guru. Walaupun agak ringkas majlis tersebut tetap berjalan dengan lancarnya.

Amaran "ini bukan majlis pakaian beragam". Agak-agak la ba ko bos.

Posing bersama guru sains yang dicintai. Gabriel "saya menang pasu". David "Duak-duak". Adeyana "Kenapa cikgu tahan nafas?". Cikgu Asyree "Kamu mesti belajar teknik menahan nafas peringkat 9, tuk jadi perenang wakil company".

Ini la dia murid-murid tahun 6, 2010. ada 14 orang semuanya. Dari kiri depan "sulan, magdeline, daniel, camellia, insa, gabriel, david, lini, adeyana, cecelia". Dari kiri belakang "Sebastine, jeaky, Cikgu wilpert (pengganti diri Quizer), dan dullah.

Dan akhir sekali gambar bonus setelah malam tersebut. Kasian terpaksa naik perahu ke bilik guru. sebab ada taklimat akhir tahun. Pun begitu terpampang wajah-wajah gembira bercampur terkejut di raut muka masing-masing. Duduk mencangkung macam mo dihantar balik ke negara asal mereka Indonesia atau Myanmar.