Wednesday, November 24, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Sibuk betul la sejak menjadi seorang pekerja profesional ni. Memang teda masa mo update d blog ni. Tambah-tambah lagi sekarang ni orang dah gila ber FB. Hari-hari mo FB. pantang ada masa terluang mesti buka FB. Tapi sebenarnya FB ni sangat penting bagi mereka yang tinggal di luar bandar yang teda line telefon. Beli telefon mahal-mahal tapi tiada guna sebab teda line. Rasain lu rayang. Apa-apa pun harap-harap kali ni dapatlah blog ni di update selalu bagi memenuhi permintaan pengikut-pengikut blog ini. Jadi untuk permulaan ni kita nikmatilah beberapa gambar-gambar percutian sempena cuti sekolah yang baru bermula ini.

Sejuk betul malam-malam di Kundasang. Tu la pasal mamat dalam gambar ni mengencang. Rilek ba ko liau, sikit ba baru ni.


 
Cantik betul gambar ni macam di London. Tapi spoil betul la tu ada kunci vigo la pulak di fokus.
 

Lepak makan di hotel kundasang. Apaka nama hotel tu lupa sudah aku. Memang mahal makan di situ sampai bedarah hidung. Tu yang pakai penutup kepala tu buat lap darah di hidung.  


Bejalan-jalan dalam hutan tempat persembunyian singa suatu masa dahulu.


Pemandangan gunung kinabalu tapi telindung oleh awan.


Hebat betul tempat ni. Tempat skodeng paling selamat. tapi pastikan gunakan kamera canggih.


 Belatar belakangkan air longkang di masilau. Sejuk air tu.


Ladang Lembu. bau tempat ni. "Amaran jangan minum susu lembu sambil berjalan-jalan sekitar kawasan ini". nanti ada yang termuntah.


Sampah sedang berposing di kundasang. Bikin kasi habis kodak saja kamu ni.

Ini baru sikit ni. Sebenarnya ada lagi tempat yang kami pigi tapi tidak di publishkan sebab aksi-aksi melampau pelakon-pelakon digambar tersebut. Jadi pendek cerita selama berada di kundasang 1 hari tu memang best la jugak. tapi lagi best kalo banyak pulus sebab boleh jalan-jalan dan makan-makan di masilau. Alang-alang sudah sampai kundasang boleh terus ke Ranau. Sana ada singa, Sabah Teh, rendam kaki atau mandi bersama ikan, dan yang mesti pergi ialah Poring. Ada kolam air panas dan kolam air gunung dan ada jungle tracking. Siapa yang rasa nak bercuti ke sini boleh la tanya atau menghubungi orang-orang yang berkenaan seperti pakcik yellow pages. banyak info di sana. ok. Selamat Bercuti.

No comments:

Post a Comment