Thursday, November 25, 2010

Setahun Di Sigu (part 1)

Apuuuu..Akaiiii..Apala ba dorang ni balik-balik apuuu. sikit-sikit akaiiii.. Bosan betul aku dengan perkataan tu. Apa bley buat tempat dorang. Tapi lama kelama lamaan macam makin sebati sudah perkataan tersebut dalam sanubari ni. Sampai rakan-rakan yang baru postingpun teikut2. malah tebawa2 dalam kehidupan seharian. Kasian mereka ni. Memang macam ni la ba masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemoo, masuk kandang singa? Singa mana pakai kandang, tapi senang ja mo cari singa, ada di niah kalo mo halau tu singa pun senang bawa ja lagu mp3.
Apa ba yang direpekkan diatas ni. Sebenarnya aku mo cerita pasal setahun di Sigu ba ni. Berikut ni gambar2 sepanjang setahun berada di sana.

Ni la pengankutan utama ke skolah kami rupanya. First day daftar siap kena hantar oleh PPD lagi, best betul. rasa macam VVIP la pulak.


Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami nampak ada jambatan kayu balak. Ada change la kami guna jalan darat lepas ni.

 
 Lepas seminggu berkampung dalam sekolah kami keluar ke bintulu mo cari peralatan tuk survive di kawasan asing tersebut. Apa la mo di beli ni? Beli peti ais takut perahu kami naik ni nda cukup space. Beli telur ngan makanan tin ja la jawabnya. Gambar menunjukkan jambatan kayu balak. Kami mesti tawan jambatan tu satu hari nanti.


  
Ni la tempat persinggahan pertama sebelum sampai Bintulu. "Kem Tap" nama tempat ni. ada kedai jugak kalo mo beli2 makanan ringan la. Harga boleh tahan la jugak mahal.

 
 Lepas tunggu punya tunggu baru la pengangkutan utama kami sampai. Ekspress la bos, apa lagi. kalo teda tempat dalam ekspress tu atas bumbung la jawabnya. Peringatan "jangan tiru aksi ini sangat bahaya boleh menyebabkan barang perhiasan anda jatuh dalam sungai kalo ada labah2 la". Lagi satu sekarang ni mesti tulis nama kalu naik ekspress pastikan anda tulis maklumat yang tepat seperti speddy gonzales ariba2, arismonu, atau si galang dalam form yang diedarkan.


 uuwekk...uwekkk.. Akhirnya akibat kegelojohan si nerd tu maka lahir la Suzie L. Diharap suzie ni dapat mencerahkan penghidupan kami. boleh la lepas ni kami keluar masuk sekolah tiap2 hari. bestnya suzie L ni Terima kahsih si nerd. Gambar di mana suzie di lahirkan.

 
Neyyy.. Suzie L. Rasain lu baru ko tau jalan ke sekolah rupanya macam ni. Ni pun baru sikit ni. Kali 2 tahun keluar masuk sekolah jadi besi buruk sudah c suzie ni tau.


Apuuu.. Habis la ko suzie L. gerenti sakit la telinga c nerd sebab balik2 ko cedera kena batu atau lumpur yang bekeliaran disana sini. Kalu begini la sakit jugak kalo mo keluar masuk sekolah sebulan sekali. Tapi nasib baik jugak kami sempat beli peralatan rumah seperti TV, ice box, mesin basuh, dll dapat la hidup seperti di tempat yang mewah sikit. Terima Kasih Suzie L dan c nerd.
Akhirnya kami berjaya menawan jambatan ini. "Hip2 horey" kata c nerd dengan girangnya. Aku rasa c nerd ni memang menjengkelkan ba.


 Akhirnya kami dan c nerd membuat pilihan yang paling bijak. Naik Bot Cikgu Fabian (bukan nama penuh) jimat segala-galanya. cuma agak2 la jugak kalo mo bawa masuk barang jangan sampai over load. seorang penumpang 5 kg hand luggage sahaja di benarkan. Tapi c nerd tu parabola la di bawanya, bayung la, semua la. Nasib baik tilam vono tu di kenselnya. Kalo tidak seret jak di belakang bot tu. padan muka c nerd. 

Ok la ini sahaja untuk part 1 Setahun di sigu. nantikan kemunculan part 2 selepas ni yang mengisahkan rakan2 seperjuangan di sigu. Jalan ceritanya lebih menarik, tetarik, romantik, seram, dan menjengkelkan. Semua lah ada. ok salam.........

1 comment:

  1. oooo...kesian juga kamu org di sigu tu kan..simpati juga aku. meleleh la juga hingus anak2 aku di prasekolah mendengar cita ko ni...aku harap ada producer yg berminat filemkan cerita tragik ni nanti..semoga berjaya, fren..aku akan sentiasa menyokong impian dan harapan ko..

    ReplyDelete