Friday, November 26, 2010

Setahun Di Sigu (part 2)

Inilah sekolah ku tempat ku tuntut ilmu belajar terus jaya terus maju, bersatu bergandingan dalam semua lapangan untuk kejayaan masa hadapan. (mesti semua warga sigu akan menyanyi kalu baca ayat diatas ni) padan muka kamu tepancing semuanya. Yang bukan warga sigu tu buat2 paham ja la apa yang aku tulis tu. Padan juga muka kamu sebab terbaca ayat tu. Orang pertama warga sigu yang aku jumpa sebelum mendaftar ialah c nerd. Apala ko ni nerd sampai sigu pun ko mo ikut aku. Sudahlah d banting hari tu ko ucap selamat tinggal tapi rupanya nda jugak ko mo berenggang dari aku sama c tiger "Ko ba kan c tiger?". Apapun bagus jugak la masih ada lagi orang yang boleh aku psiko.
Sebelum kita menyelami lebih dalam tentang rakyat sigu adalah lebih baik kita berkenalan dulu dengan geng2 IPIS di hari terakhir mereka di kawasan pembelajaran mereka.


Inilah dia barisan bakal guru sebelum mereka dipostingkan. Dari kiri "Syree, dika de best, zuryzarman81, ahmad albab, dan c paris ba ni". Uiiii bekampai ba dia sama c dia..siuuuttt..emmah2.

 Ni la masa di KLIA, first time disana, sikit lagi tetinggal kapal, nasib baik tu troli boleh jadi kereta. Tapi sebenarnya org kebaru-baruan ja yang buat begini. bikin malu org burma ba ko ni. Cepat ko balik sana makkan kattham.


Cukup2 la aku publish citykan ni orang. bosan ba balik2 dia, dia2 balik. Ba jom kita membongkari siapakah dia rakyat sigu yang sebetul-betulnya sigu. Tiada yang lain melainkan sigu. Sebelum saya dan c nerd masuk sigu, sempat gak kami melihat 3 org guru pompuan yang menghiasi taman sigu. Tapi apakan daya belum sempat bemesra mereka dah pindah. Tinggalah guru2 macho semuanya. Tu yang buat c nerd tambah tertekan tu. Nasib baiklah awal bulan 3 tu ada 2 guru pompuan masuk senang sikit kami serahkan tugas menghias pentas, bungkus hadiah dll kepada mereka. Pun begitu ada seorang guru lelaki lagi masuk, Orangnya berbadan besar tapi berjiwa lembut, selembut sutera (betul ka tu?). Dari awal tahun sampai la sambutan hari guru baru kami dapat begambar beramai-ramai. memang best kata c nerd la.


Ini la dia warga sigu. bertapa tenangnya raut wajah mereka. cuma mungkin gambar ni diambil dibawah sinaran matahari terik tu la pasal ada beberapa orang yang nampak mengencang. Kalau nak berkenalan dengan mereka sila lah hantarkan komen anda di ruangan yang sepatutnya.

ni pulak merupakan shoot yang paling bagus yang terdapat dalam simpanan aku. Masih ada lagi yang mengencang kesian tau.

Inilah dia hari yang ditunggu2 oleh guru2 seMalaysia. Sambutan hari guru. Mesti bestkan dapat hadiah dari murid2. Tapi bagi guru dipedalaman jangan susah hati. kalu nak hadiah anda boleh buat macam warga sigu ni. bijak mereka ni. Bertukar2 hadiah. Tengok sahaja bungkusan2 hadiah tu. gempak tul lah. Sebelum upacara membuka hadiah kita berehat dulu tinguk geng2 sigu menyanyikan lagu secara menyumbang. "Sakit telinga malam tu, Macam meleleh darah dari telinga ni".


Jangan kamu pandai2 buat andaian sana ahh. Orang ni tidak bersalah, kameramen tu yang sengajak cari pasal. Tapi unik betul ni gambar. susah mo dapat moment macam ni.

ini lah antara hadiah yang dimenangi dalam program bertukar2 hadiah sempena hari guru tersebut. Rasanya hadiah ni yang paling cikai yang dimenangi oleh pemenag tersebut. Kasian baliau. cuba lagi tahun depan ya nak..

 Hadiah seterusnya sebuah radio tikus dan sebuah telefon bimbit berjenama barbie (aiyayai, trut..trut..trut..hello..hello..gud morning..) itu lah ringtonenya kalu digunakan. kasian juag ni kawan. Apa boleh buat terimah la seadanya.

 Yang ni paling spesel, sebab harga cola yang tinggi di sigu melayakkannya dijadiakan hadiah sempena program bertukar2 hadiah. Tapi pemenang ni tau siapa yang kasi tu hadiah, sebab dia yang tolong balutkan tu hadiah. "Tu la bersekongkol lagi sama penyangak sekalinya kena batang hidung sendiri". kata c nerd dengan gembiranya.

First prize punya hadiah. Sabun buku Daia. kasian kepada pemenang ini. Difahamkan beliau melabur wang berjuta2 dalam program bertukar2 hadiah ni. tapi apakan daya beliau telah berjaya menikam nombor kegemaran beliau iaitu 6.
Kepada pihak penganjur lain kali kalu mo buat program kasi tau awal2 boleh para peserta bersedia awal2. Ini la antara sebahagian rentetan perjalanan yang menyeronokkan semasa berada di sigu. Walaupun ada yang mengatakan tempat ni macam zoo la, penjara la, tapi kalu dilihat2 balik warganya sentiasa ceria sebab tiada wujudnya puak2 bertelaga macam yang terjadi di negara2 yang berperang. Mood hari ni macam muram sikit la, tu yang ayat2 yang di karang ni mcm skema sikit (idea c nerd semua ni). Apapun tunggukan kemunculan part 3 pulak. sana tu la baru ada cerita bergenre komedi seram, dan romantik. Salam 1 Malaysia.

3 comments: