Friday, September 11, 2009

ARAMAITI 1 (SUNGAI PELEK)

Assalammualaikum w.b.t...

Kepada semua budak-budak IPIS yang tidak dapat menyertai program aramaiti kali ini tersangatlah rugi. Bukan sahaja kami dihidangkan dengan juadah yang beraneka jenis tetapi juga kami telah mengeratkan lagi tali silaturahim diantara sesama rakan. Sepanjang berada di sungai pelek kami telah dibawa bersiar-siar disekitar pantai yang diberi nama Pantai Bagan Lalang. Namun acara bergambar tidak dapat dilakukan kerana kecuaian pihak kameramen yang meninggalkan kemera beliau di dalam kereta. Apabila tepat waktu berbuka puasa bagi kawasan sepang, kami peserta program Aramaiti telah disajikan dengan pelbagai hidangan menarik seperti kuih donut dan popiah masak merah selain ABC, air jus tembikai serta air sky jus.

Sebaik sahaja kami selesai dengan juadah berbuka secara sederhana tersebut, kami pulang ke apertment yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Kami berasa agak terkilan kerana pihak penganjur tidak dapat menyediakan kolam mandi seperti yang telah mereka janjikan. Namun begitu keadaan di dalam apertment tersebut agak baik dan lengkap dengan keperluan asas. Diantara peralatan tersebut seperti TV siaran astro (baru dipotong bulan lepas sebab bil tertunggak), mesin basuh (model manual tangan 1.8 liter) bilik muzik (dilengkapi dengan pelbagai alatan muzik yang telah rosak), dan ruang tamu yang selesa (bagi orang bujanglah). Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika berada di apertment program aramaiti semasa acara makan berat setelah selesai mengerjakan apa yang patut.


Ini adalah diantara gambar-gambar yang berjaya melepasi piawaian Lembaga perfileman Malaysia (FINAS). Gambar lain mempunyai unsur-unsur ganas dan tidak sesuai ditonton oleh orag ramai. Jadi kepada peserta-peserta program aramaiti kali ini yang mahu gambar-gambar tersebut boleh berjumpa terus dengan en. Nalza.
Sekian.............

No comments:

Post a Comment